Wajah Baru Terminal Puduraya

{336x280}



Pada 16 April yang lalu, Terminal Puduraya dibuka secara rasminya kepada orang awam dan saya tidak terlepas peluang untuk merasakan sendiri pembaharuan yang telah dilakukan setelah sekian lama ia ditutup. Saya mengharapkan Terminal Puduraya ini setanding dengan Terminal Bersepadu Selatan. Setibanya saya di terminal tersebut di luar perkarangan bas berhenti, saya agak teruja... hehehe lama tak dapat ke sini. Kalau dulu saya kerap singgah di Terninal Puduraya untuk pergi Lowyat Plaza Bukit Bintang.

Masuk sahaja ke dalam Terminal Puduraya saya terpegun. Pembaharuan yang baik telah dilakukan. Kini orang awam dapat menikmati perkhidmatan pengangkutan yang lebih selesa dan teratur. Laluan platform bas-bas yang canggih jugak laa...kena tekan butang nak bukak pintu..huhu saya ingat auto sensor hehehe malu lak.. Hmm namun... hahhh ni tak berapa sedap mata la ... saya terjumpa rekahan pada lantai berhampiran laluan platform. Mmmm macam rush saja nak open Terminal Puduraya... huhu blackout lak time saya pergi... sekejap ada sekejap tiada bekalan elektrik...

Kebersihan menjadi trademark pada sesuatu tempat itu,so far perkarangan terminal baik...hahhh bab tandas ini lemah nak cerita... dah ada tanda-tanda kebersihan tak dijaga, masa saya masuk.. huhu time tu jugak laa air tak ada...fuhhhh cancel.. kena cari tempat lain. Harap dorang segera fix dan selenggara,harap piawaian Terminal Puduraya pada tahap yang baik dan selamat,jangan lah just indah dari pandangan saja.

Tiket bas... saya tidak pasti sebab saya beli tiket bas saya dekat plaza rakyat.. so tiket konsep lama... berlainan dengan Terminal Bersepadu Selatan so saya rasa mungkin ia akan dilaksanakan tidak lama lagi. Banyak kekosongan akan di isi dalam terminal dari semasa ke samasa. Bagi yang mendapatkan perjalanan ke utara...Have a nice trip...

2 Responses to "Wajah Baru Terminal Puduraya"

Imran said...

Dah lama tak naik bas ni. Huhu

farhan yusof said...

hehehe try la..