Pada 11 Mac 2011 yang lepas saya turun ke Alor Gajah, Melaka, seperti biasa pilihan saya adalah menaiki bas untuk ke sana. Perjalanan kali ini saya ambil dua trip, Teluk Intan - Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur - Melaka. Dari stesen bas Teluk Intan saya bertolak pada jam 8 pagi dan sampai di Kuala Lumpur (Stesen Perhentian Bas Bukit Jalil) sekitar pukul 11 pagi. Bas TRANSNASIONAL menjadi pilihan saya untuk ke Kuala Lumpur. Sesudah tiba di sana saya terus ke kaunter. Haish saya lupa, saya lupa yang dah ada stesen bas baru ke selatan. Stesen TBS atau Terminal Bersepadu Sepadu Selatan yang baru sahaja beroperasi. Saya menaiki bas RapidKL untuk membeli tiket disana. Tambang yang dikenakan adalah RM 1. Untuk makluman anda, stesen bas sementara yang beroperasi di Bukit Jalil akan di tamatkan pengoperasiannya pada akhir bulan Mac ini. Terminal Bas Puduraya akan kembali beroperasi semula selepas sekian lama proses baik pulih dan naik taraf. Teruja nak lihat pembaharuan tersebut, tapi buat masa kini Terminal Bersepadu Selatan saya nak explore. Hehe sempat tengok kat tv sahaja. Well we see it. Tak sabar rasanya nak sampai.
Setelah beberapa minit saya sampai di TBS. Besarnya kawasan terminal ini. Tunjuk arah diberikan kepada saya oleh pemandu bas RapidKL. Saya terus ke destinasi, kaunter pembelian tiket. Setibanya saya di aras 3, perkataan yang terlintas difikiran saya adalah konsep terminal itu sendiri, memang terbaik..wow. Seperti berada di kawasan ketibaan kapal terbang pula. Banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan. Saya terus pergi ke kaunter untuk pembelian tiket bas. Metro Bus adalah pilihan saya pada perjalanan ke Alor Gajah. Konsep pembelian tiket bas cukup berbeza, dimana kesemua syarikat pengangkutan bas ke selatan disatukan dan diseragamkan. Kalau kita imbas kembali sistem pembelian tiket terdahulu, setiap kaunter tiket yang tersedia hanyalah khas untuk satu buah syarikat bas sahaja, dimana jikalau contoh anda menaiki Metro Bus anda perlu ke kaunter tersebut.Kini Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menyediakan satu solusi dengan kemudahan terbaru, anda boleh membeli sebarang tiket perjalanan ke selatan pada setiap kaunter yang beroperasi, mudah kan?
Kaedah yang diperkenalkan cukup sistematik dimana pengguna yang menaiki bus memperoleh tiket yang mempunyai butiran ID mereka sendiri, butiran-butiran perjalanan, dan kod pelepasan. Wah macam naik kapal terbang. Memandangkan konsep macam naik kapal terbang pengguna di nasihatkan membawa kad pengenalan bersama, penting tu. Pemilihan tempat duduk dan masa perjalan kita sendiri tentukan melalui skrin sentuh di kaunter. Board mega elektronik yang besar seperti di lapangan terbang cukup menarik perhatian saya, walaupun saya ni rabun jauh hehe tapi saya tetap mensepetkan mata saya untuk melihatnya.
Penumpang di minta berada di perkarangan tempat menunggu bas yang telah ditetapkan. Terdapat ramai pegawai yang bertugas yang sedia membantu anda disana, so jangan segan-segan bertanya. Saya beransur ke Gate 5 untuk menunggu Metro Bas saya yang akan memulakan perjalanan pada pukul 12 tengahari. Beberapa minit sebelum perjalanan, pengumuman dari pihak pengurusan terminal akan kedengaran sebagai peringatan kepada penumpang supaya berada di Gate perlepasan. Setibanya bas, saya dan penumpang lain dikehendaki beratur dan membuat imbasan tiket perjalanan pada KIOSK yang terdapat pada Gate berkenaan sambil di pantau petugas. Aspek displin di terapkan disini, yelah kadang-kadang orang kita ini main redah saja naik. Setelah selesai proses imbasan tiket saya terus masuk ke dalam bas, Alor Gajah ", ) here i come.
Kesimpulannya Terminal Bersepadu Selatan memberikan satu pengalaman baru pada saya. Terdapat kelebihan buat masa sekarang dan kekurangan akan dinilai apabila pada waktu Terminal Bersepadu Selatan ini sesak contohnya pada musim perayaan dan sejauh mana efisyen sistem berfungsi andai ia DOWN seketika, well hope they get prepared. All the best !!!
Pengalaman Baru Di Terminal Bersepadu Selatan
Reviewed by Farhan Yusof
on
March 20, 2011
Rating:
No comments:
Post a Comment