Tsunami antara bencana alam yang meninggalkan kesan yang mendalam. Nyawa menjadi taruhan,harta benda musnah,persekitaran dan bentuk muka bumi mengalami perubahan yang ketara. 24 Dec 2004 menjadi sejarah hitam apabila gelombang tsunami melanda sebahagian besar Sri Lanka, India, Thailand dan Indonesia. Malaysia turut juga menerima tempias bencana tersebut. 11 Mac 2011 lalu, dunia dikejutkan dengan tsunami, kali ini negara matahari terbit, Jepun dilanda tsunami.
Tsunami Japan 11-03-2011 |
Video 1
Video 2
Jepun juga mengalami satu lagi ancaman bencana nuklear. Negara tersebut dalam keadaan berjaga-jaga,kita sedia maklum bahawa nuklear reaktor Jepun mengalami gangguan ketika bencana tsunami berlaku. Musibah yang melanda membuat kita berfikir dan muhasabah diri. Perubahan cuaca, alam dan dunia amat ketara berlaku. Lantas kesempatan ini kita terus berdoa agar negara kita selamat dan dilindungi dari bencana.
p/s : banyak tanggapan membicarakan akan sebab berlaku nya tsunami ini, saya sempat melihat beberapa "video" true about Japan di Facebook or even Youtube. Hmm ia bukan sekadar renungan semata-mata.
Imbasan Peristiwa Tsunami di Jepun
Reviewed by Farhan Yusof
on
March 28, 2011
Rating:
No comments:
Post a Comment