recent posts

banner image

Hari Saman 1 Malaysia



Haha tajuk entry kali macam hari offical sambutan perayaan atau event pulak. Semalam, 28 Febuari 2011 merupakan hari terakhir tu menyelesaikan saman yang tertunggak di seluruh Malaysia. Kadar kompaun dikenakan separuh bagi mereka yang membuat pembayaran pada hari tersebut. Huhu yang dukacitanya kerata bapa saya turut dikenakan tiga saman atas kesalahan memandu laju, well ada pelbagai sebab seseorang itu dikenakan saman antaranya kesalahan yang famous adalah memandu laju, langgar isyarat trafik, tidak memakai tali pinggang keledar, cukai jalan dan lesen memandu yang tamat tempoh. OPS yang dijalankan oleh pihak polis nyata sumber terbanyak saman dikeluarkan kepada pengguna jalanraya, tapi kalau dah terkena saman tanpa sebab kesalahan, hah ada masalah lah tu.Korang paham-paham la kan.

Memandangkan bapa saya dah kena saman, so saya kena tolonglah pergi selesaikan saman. Aduhai ini yang lemah ini, ye lah korang mesti paham, ramai lah yang berpusu-pusu pergi membayar saman,last tu last day.Lepas ini kalau buat pembayaran saman, full payment la huhu. Tempat pembayaran adalah di balai polis dan pejabat pos berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda tapi hanya yang menyediakan khidmat pembayaran saman sahaja.


Destinasi Balai Polis Teluk Intan, saya pergi lewat tengah hari sekitar pukul 1.50 petang. Sampai sahaja dekat sana, parking kereta totally full house dalam perkarangan balai polis even semasa masuk ke sini bahu-bahu jalan di penuhi kereta. Errmm luar dah sesak kat area kaunter sure lagi sesak. Saya terus parking moto dan pergi ke kaunter yang sedia ada disana.


Well seperti yang telah sedia maklum, sesaklah. First sekali saya pergi ke kaunter semak saman trafik, saya check status saman bapa saya sekali lagi, huhu mana tahu ada saman yang latest, haru lah kalau ada yang latest. Kesempatan ini saya pun check status saya mana tau ter`ada kan?! Fuhh status saya selamat tetapi bapa saya ada tiga, so tak ada penambahan saman. Setelah print out kertas status saman saya pergi beratur. Sambil beratur sambil sembang la dengan orang dekat sana, macam - macam lah reaksi dari mereka ini tentang sistem pembayaran dan pengurusan pembayaran yang tidak berapa teratur. Saya tanya dengan beberapa kenalan baru di sana, isunya disini pihak pengurusan di balai polis hanya baru umumkan seratus lebih, walaupun ada yang menunggu dari awal pagi lagi. Jawapan yang diberikan adalah status sistem sesak dan adakalanya line offline.

Haha memang tak hairan la, hari ini kan Hari Saman 1 Malaysia (hari saya klasifikasikan) jumlah hit capaian sistem memang totally terlalu banyak, maklum lah seluruh penduduk Malaysia yang dikenakan saman nak selesaikan saman mereka. Tidak mustahil jika sistem jadi lambat dan menenui kegagalan dan tidak juga ya.. tidak juga pihak pengurusan yang temui kebuntuan, ya lah dah frust dan letih nak layan kerenah orang ramai yang datang bayar saman. Sejauh mana kebenaran ini saya tak dapat ulas, kerana apa -apa boleh terjadi kalau dah stress dan tertekan.

Dalam kesabaran menunggu giliran untuk mengambil nombor untuk pembayaran, pihak pengurusan sana mengatakan nombor tidak lagi di keluarkan, hah?! apa kes ni? orang dah lama beratur dan ada yang berpusu-pusu datang lagi,ermm memang geram dan tension. Nombor giliran pembayaran pun baru dalam linkungan seratus lebih sahaja. Itu pun nombor giliran sekitar pagi tadi menurut beberapa orang yang bersuara kerana mereka telah menunggu sejak awal pagi. Akhirnya khidmat pembayaran tergendala lagi.

Saya mengambil keputusan untuk ke pejabat pos yang berhampiran dengan pekan Teluk Intan untuk mencuba lagi. Pejabat pos tidak kurang juga sesaknya. Sampai disana saya bertanya akan sistem pembayaran saman yang pihak pejabat pos sediakan. Errmm borang saya isikan tiga sebab ada tiga saman, bergantung pada berapa banyak saman anda ada, kalau dah berpuluh itu berpuluh lah borang yang perlu diisikan. Di sana saya bertegur sapa dengan mereka yang menunggu giliran, kata meraka pejabat pos baru sahaja beroperasi untuk menerima bayaran saman, dan sekitar pagi tadi mereka tidak membuka perkhidmatan ini. Fuh.. dahsyat.. dahsyat (huhu pinjam jap ayat nazmi raja lawak 5).

Menyirap jugak menunggu giliran, memandang kan nombor giliran pun tiada jadi beratur pada barisan yang sedia ada walaupun bengkang - bengkok dan bercabang - cabang. yang bertambah menyirap lagi dua kaunter sahaja yang buka, walaupun terdapat empat kaunter lagi yang masih mampu beroperasi. Tidak kesemuanya mereka yang hadir ke pejabat pos untuk membayar saman, ada juga segelintir yang melakukan urusan pos mail. Masa berlalu cepat, tapi urusan pembayaran for sure lambat, yang menambah geram lagi dah lewat petang sekitar pukul 6 baru bukak kesemua kaunter untuk pembayaran. Beratur punya beratur at the end sistem down lah pula katanya. Aduhai macam - macam sahaja. Nak tunggu pun tiada guna lagi. Hah balik la, sampai kat rumah saya explain kat bapa saya, well kene full payment la untuk saman ini.

p/s: membayar saman memang tiada faedahnya, atas kecuaian kita itu wang ringgit kita habis dengan membayar saman, jumlah saman ada pula mencecah ribuan ringgit, memang banyakkan?! berbaloi ker bayar? pada saya tidak sama sekali, baik buat sedekat dan amal jariah pada perkara yang lebih baik kan bagus, well harap kita lebih peka, berhati-hati dan berhemah ketika berada di jalan raya. Anyway selamat memandu dan berhati-hati selalu.

Hari Saman 1 Malaysia Hari Saman 1 Malaysia Reviewed by Farhan Yusof on March 01, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.