recent posts

banner image

Saya, Manchester United Dan Old Traford



Hari ini pertembungan dua local rival, Manchester United dan Manchester City. Suatu yang klasik dan penuh tradisi antara dua kelab tersebut. Memandangkan dirumah siaran astro ada masalah, so terpaksa tengok kat luar. Pada mulanya nak layan kat McDonalds, tapi full house. Nasib baik restoran mamak aka mapuley masih ada tempat lagi.Hehe dapat jugak layan. Jika dekat Old Traford fans layan koko panas dan donut sebelum match, hehe kat mapuley saya layan teh tarik and roti telur, nyam nyam jemput makan ye. Walaupun lain menu antara dua destinasi fans tapi kami sorakkan kami untuk Manchester United malam ini. Match ini amat bermakna buat fans,ya its all about fans and the club. City yang berbelanja berjuta-juta pound untuk mendapatkan beberapa pemain ternama antaranya seperti Edin Ezeko, Mario Balotelli dan David Silva tampak bersungguh - sungguh untuk mendominasi liga English Premier League. United yang kalah buat kali pertama (1-2) dengan Wolves berhasrat menebus kedukaan pada game kali ini. Well meh kita layan game local derby ini.

Credit to : Manchester United photo, Sky Sport video



Separuh Masa Pertama:

Sepak mula dimulakan,saya layan penuh debaran, huhu mampukah Manchester United mengulangi kemenangan dramatik 4-3 di Old Traford seperti musim 2009/10 yang lepas. With one word from the fans, BELIEVE !!!. Separuh masa pertama melihatkan kedua - dua pasukan melancarkan serangan dan kawalan bola yang menarik, namun City lebih mendominasi posisi kawalan bola berbanding United yang kurang melakukan leretan bola yang kemas,huhu almost mudah City patahkan kawalan bola pemain United. United yang sinonim dengan gaya counter attack play, fast pass dan long pass finishing agak kurang menjadi. Silva hampir-hampir mendebarkan penyokong United (termasuk saya)huhu dengan leretan bola yang bergaya!!!adoi.. nasib baik tak masuk..boo buat suspen je. United tidak kurang hebat juga dengan melancarkan serangan balas ke kubu City. Nani(United) yang kerap melakukan long shot namun tidak masuk, well hope ia akan masuk nanti jugak, keep trying Nani. Fletcher (United) dan Giggs (United) turut berpeluang dengan heading dalam kotak penalti dan sepakan jauh dari luar kotak penalti, agaknya bila la bola nak masuk gol nie. Almost dah nak habis 1st half. Silva(City) truly memberi dimensi baru buat City. Passing dan vision memang superb dari pemain Spain ini. Berhempas pulas back four United nak halang,namun Captain United (Vidic) terus menerajui pertahanan United. Gol pertama United muncul diminit ke 40, hasil clearance ball dari penjaga gol United (van der Sar) terus ke Giggs(United) dan first pass ke Nani(United) di kawal olehnya dengan baik dan melakukan penyudah yang cukup tenang bagi menewaskan keeper City (Joe Hart). GOL!!! Yeah Old Traford bergema dengan sorakkan even kat mapuley jugak, GOL !!!

Nani Score 1-0
Finally United leading jugak. Nani meraikan golnya dengan rakan pasukan dan kemudian dengan trademark back somersault, fuhh. End of 1st half game. Yeah, harap United kekalkan momentum yang sama dan memperbaiki ball pass mereka pada 2nd half.

Separuh Masa Kedua:

Hmm, roti telur dah habis ermm order second round?! nahh teh tarik ada lagi hehe. Layan saja. Ok 2nd half bermula. Condition game quite same dengan first half, tapi United tampak melakukan serangan yang bertali arus, Ferguson sure dah sound it clear dan beri motivate dekat pemain dia. Cantik passing dan ball control dah kemas berbanding 1st half. Pemain City(Silva) sekali lagi menjadi ancaman buat United. Keresahan tetap ada, fuhh petukaran dua pemain City sekitar minit ke 60 dan sebelumnya. Edin Dzeko (City) dimasukkan, gosh.. suatu ancaman. Rentak permainan turut berubah, gandingan flamboyant striker(Edin) dan midfield playmaker(Silva) memang menjadi. Akhirnya rasa tidak sedap hati itu memang terjadi. Deflection gol minit ke 65 oleh Silva (City) hasil rembatan Edin (City) memang mengamit suasana. Old Traford memang lah, but restoran mamak its annoying, darn it supporter City. Huhu well its football,yo!! Nahh what so ever, arghh hate this. Continue on the game. WE WILL COME BACK AND WINNING IT !!!. BELIEVE !!! United turut melakukan pertukaran pemain dimana versatile striker (Berbatov) dan tireless midfielder (Carrick) dimasukkan bagi memberi nafas baru dan perubahan taktik permainan. Well time terus berlalu. United must keep on pressure to winning this match. Saat dan minit berdetik dengan debaran. Minit ke 77 penuh kosentrasi pada skrin tv...gabungan menarik di situ....yeaa.. yeaa.. yeaa and its GOOAAAAAAAALLL !!! Absolutely superb bicycle kick dari Mr.10 United, RONNEY !!!... RONNEY !!!RONNEY !!! RONNEY !!! 2-1 now. Tremendous acrobatic bicycle kick dari Wayne Ronney hasil hantaran lintangan sebelah kanan dari Nani dan bola masuk ke penjuru kanan gawang gol City.

Rooney Score 2 - 1
Apa lagi balas sorakan la pada supporter City kat mapuley sana, haha puas hati. Yeah. United!!! Hahaha. Lets settle it up, 3-1 ker?! or more?! lagi baguskan. Mmmm nak tunggu masa habis memang leceh, ye la mana tak nya. Mana kalau kesenggalan terjadi dimint - minit terakhir permainan. Huhu. City turut membalas serangan dengan harapan menyamakan kedudukan 2-2. Haish.. cubaan dari pemain City satu demi satu, lambat pula masa berlalu.. seminit demi seminit, hurm seminit ada 60 saat,haha berdebar-debar betul. Masuk minit ke 90, tambahan masa 4 minit, fuhh lama tu 4 minit, ingat 3 minit saja. Wahhhh serangan antara kedua-dua pasukan memang penuh debaran. Akhirnya wisel penamat United 2 - City 1. What a derby match.

p/s : glory glory Man United !!!

Saya, Manchester United Dan Old Traford Saya, Manchester United Dan Old Traford Reviewed by Farhan Yusof on February 12, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.