recent posts

banner image

Penipuan Secara SMS



Tahniah, anda berjaya menangi cabutan bertuah RM 17, 000.00 wow !!! Mungkin ada dapat SMS yang jumlah ringgit lebih tinggi berbanding saya. Mesti anda happy, berkobar-kobar hendak menelefon dan hendak mendapatkan kepastian. Tapi AWAS !!! JANGAN MUDAH TERPEDAYA !!! SMS ini hanyalah suatu SCAM atau penipuan secara digital yang mana ia sebagai langkah awal untuk memerangkap anda. Melalui hebahan gempak yang lumayan ini ramai diantara kita terus percaya tanpa sebarang usul periksa. Ini screen shot SMS yang sempat saya simpan.

SMS SCAM
Saya pernah membaca beberapa keratan akhbar dan hebahan tv terhadap penipuan ini, mangsa diminta memasukkan sejumlah wang ke akaun bank mastermind si penipu sebagai syarat, then mangsa akan memperoleh jumlah yang ditawarkan. Bayangkan jika dalam lingkungan seratus orang tertipu di Malaysia setiap hari, tidak kah banyak jumlah pungutan diperoleh itu. Saya nasihatkan anda tidak menendahkan SMS yang sedemikian atau seakan sama dengannya. Mereka sering menggunakan nama-nama syarikat yang terkemuka seperti MAXIS, CELCOM, DIGI, POWER ROOT dan lain - lain. Stay alert dan elakkan dari menjadi mangsa jenayah siber.

Penipuan Secara SMS Penipuan Secara SMS Reviewed by Farhan Yusof on February 13, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.