First Day Dekat Tempat Kerja

{336x280}



Aku tiba 16 Oktober kat Melaka, motosikal aku pos laju huhu condition aku tak berapa sihat ini nak pulak runner dari Perak straight to Melaka. Ada masa boleh plan runner terus balik Perak. Tempat stay aku betul - betul menghadap Pulau Melaka dan Selat Melaka. Asalnya pulau ini laut tapi ditambak,sekarang dah jadi pulau.Fuh memang lawa dan damai tapi huhhh masih ada belum siap lagi rupanya. Pada kaki pancing memang best memancing kat area ini, banyak hasil laut korang boleh dapat. Jangan korang pancing anak gadis pulak.
Well kebetulan jiran bilik sewa aku orang Perak, hmm Teluk Intan. Haish memang kebetulan, ada gak teman untuk berbual dan lepak makan bersama, dia kahwin dengan orang Melaka. Sporting,sempoi dan mesra. Suami isteri memang macam itu,adakalanya aku terbayang macam mana aku dah kawin nanti.Fuh kena sabar.Dorang sempat bawa aku ronda-ronda area Bandar Hilir Melaka, singgah port -port makan yang best sekitarnya. Now kene focus tempat kerja.

SHE Monitorings (M) Sdn. Bhd.


18 Oktober, awal pagi aku gerak ke Bachang,Melaka bersama motosikal ku,Yamaha LC 135. Nama company aku SHE Monitorings (M) Sdn. Bhd. Salam perkenalan buat kenalan baru disana. Aku ditempatkan dibahagian IT. Ada 4 orang programmer dekat sana, 2 dari India. Programmer import tu, berbahasa English and Tamil only, nak cakap dengan dorang kene speaking la. Selebihnya dari Melaka dan Perak, yang berasal dari Perak ini sama dengan aku trainee cuma dia dah praktikal beberapa bulan dekat company ini. Then yang aku rapat dengan sorang technician ini, Wan dari Melaka. Huhu sorang trainee lagi nama Wan jugak tapi nie same kolej dengan aku kira batch lepas aku habis study. Overall staff company adalah wanita, yang dah berkahwin..hehe korang mesti ingat awek-awek?! Totally owned.. kira macam status kat Facebook, in relationship. Comel memang comel.Hehe aku datang mau kerja.Aku pantang tengok comel-comel ini. Tak kacau ok, tegur - tegur saja, nama pun office-mate.

2 Responses to "First Day Dekat Tempat Kerja"

Anonymous said...

bagus la.. kureng2, ko tau pe prinsip ko ke "MELAKA MAJU 2010" haha.. ape2 pun wish u luck kt sana. smoga ko heppy oraits...

Farhan Yusof said...

hehe tq2,harap seiring dengan Melaka Maju 2010