recent posts

banner image

Tau Fu Fa Rai Dato Lee Chong Wei


Hari ini pertembungan Dato Lee Chong Wei vs Lin Dan dari China dalam pentas akhir badminton, Olympic London. Semestinya penantian seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan perlawanan siaran langsung antara dua jaguh badminton yang terkemuka. Lin Dan tampak pilihan utama untuk mengekalkan tahta juara badmintion Olympic Beijing. Pertembungan meraka ini agak epic kerana sebelum ini meraka berdua telah bertemu di pentas akhir Olympic Beijing. Dato Lee Chong Wei nekad meneruskan impian Malaysia bagi meraih emas sulung pertama buat Malaysia.

Banyak bonus yang akan diberikan pada atlit Olympic Malaysia yang berjaya meraih pingat, lebih-lebih lagi jika mereka meraih pingat sulung emas Olympic buat negara. My friend told me that jika game badminton ini Malaysia menang Baskin Robbins belanja 1 scoop ice cream tapi with limited hour lah.. fuhhh sedap tu (hehe walaupun tak pernah merasa)


Selepas solat Maghrib terus layan match antara Dato Lee Chong Wei vs Lin Dan. Sorak dan terus sorak tapi masih kawal..baru berbuka je tadi,tak pasal-pasal lak muntah...muahahaha.. game ini memang favorite untuk Lin Dan untuk pertahankan gelaran, hmmm lebih-lebih skill bermain net Lin Dan yang memang terbaik. Serve demi serve.. smash bertali arus setiap seketika... Dato Lee Chong Wei  menang.. wahhhh memang satu kepuasan set pertama ini. Corak permainan yang baik dan kemas.

Namun pada set kedua, Dato Lee Chong Wei tumbang.. agak hilang rentak pulak pada set kedua. Harap Dato Lee Chong Wei terus berusaha pada set game penentu yang terakhir ini.. Set terakhir.. set terakhir tampak seimbang, Dato Lee Chong Wei dan Lin Dan saling mempamerkan skill terbaik mereka.. susah nak jangka.. memang game yang epic. Sesekali Dato Lee Chong Wei mendahului, lantas Lin Dan pula menintas, saling bertukar kedudukan pendahulu.

Saat Dato Lee Chong Wei dalam posisi yang terbaik memenangi set terakhir, Lin Dan mendahului... Permainan depan net kerap Lin Dan pamerkan.. Dato Lee Chong Wei akhirnya mampu mengatasi corak permainan Lin Dan itu. Memang kemas..


Tapi luck pada Lin Dan.. oh my.. oh my.. 21-19.. kecewa dan sebak lak tengok.. begitu hampir Dato Lee Chong Wei untuk memenanginya.. Dato Lee Chong Wei tunduk terdampar kecewa.. sangat kecewa.. harapan dia dan seluruh rakyat Malaysia tidak kesampaian..Hahhhh.. yang mengharapkan ice-cream lagi lahhh...fuhh kecewa dorang ni..well for me...hope u bangkit and berjuang lagi..ok.. Tetap raikan persembahan u dengan Tau Fu Fa... go Dato Lee Chong Wei go.. never give up..


p/s: thanks Dato Lee Chong Wei for best performance game yang u pamerkan..

 
Tau Fu Fa Rai Dato Lee Chong Wei Tau Fu Fa Rai Dato Lee Chong Wei Reviewed by Farhan Yusof on August 05, 2012 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.