recent posts

banner image

Harimau Malaya Takluki Asia Tenggara



21 November 2011 berlangsung perlawanan akhir bola sepak edisi Sea Games 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, pertembungan pasukan U23 Malaysia menentang pasukan U23 tuan rumah iaitu Indonesia. Perlawanan yang boleh dikatakan cukup epic dan mendebarkan..fuhh macam tengok final UEFA Champion League 08/09.


Suasana yang mengamatkan dengan sorakan hampir seratus ribu penyokong tuan rumah Indonesia tampak akan memberi kesan psikologi ketika perlawanan berlangsung. Malaysia yang sebelum ini berjaya menumpaskan Indonesia, 1-0 ketika peringkat kumpulan dan ingin mengulangi kejayaan tersebut dan sekali gus dinobatkan sebagai Juara Bola Sepak edisi Sea Games 2011. Namun pertempuran 90 minit menjadi penentu kejuaraan milik siapa.

U23 Indonesia Team
U23 Malaysia Team
Berikut merupakan aksi kemuncak perlawaan yang berlangsung. Separuh masa pertama menyaksikan pasukan Indonesia membuka jaringan goal awal dan di susuli jaringan penyamaan oleh pasukan Malaysia. Keputusan 1-1 sama dan jaringan tersebut terus terikat sehingga separuh masa kedua. Aksi masa tambahan selama 30 minit turut tidak dapat meleraikan perbezaan jaringan walaupun tampak kedua pasukan mengasak dan bekerja keras untuk menghasilkan jaringan kemenangan. Penentuan sepakan penalti sahaja mampu mencari kemenangan ini. Saksikan debaran bagai nak rak dubdap dubdap degupan ini.

Credit to : TV3,Youtube



p/s: Tahniah buat pasukan U23 Malaysia (Harimau Malaya) atas kemenangan Final Bolasepak Sea Games 2011. Harap terus perbaiki corak permainan terutamanya yang basic... and focus untuk persiapan AFF nanti. Good Luck dari saya.

Harimau Malaya Takluki Asia Tenggara Harimau Malaya Takluki Asia Tenggara Reviewed by Farhan Yusof on November 22, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.