recent posts

banner image

Sedetik Trajedi Kemalangan



Petang 25 Jun 2011 sekitar pukul 3 sekali lagi mencatatkan suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan, kemalangan..ya kemalangan. Sebelum itu saya ke Shah Alam pada 24 Jun atas urusan kontrak kerja baru dan bermalam di rumah sepupu di Puchong. Saya pulang ke Teluk Intan dengan menaiki bas Transnasional 2.45 petang dari perkarangan Tesco, Puchong. Perjalanan bas seterusnaya ke perkarangan Duta untuk mengambil penumpang ke Teluk Intan.


Perjalanan yang saya dambarkan seperti biasa bertukar menjadi trajedi kemalangan. Bas yang saya naiki bertembung dengan sebuah kereta Proton Exora sekitar jalan Duta selepas mengambil penumpang. Kejadian berlaku pada susur keluar jalan dari dua arah ke satu arah. Subhanallah, satu dentuman kuat berlaku, pandangan saya betul-betul luar tingkap bas, melihat apa yang berlaku. Bas mengalami gegaran seperti hendak tergelincir jatuh ke bumi dan kerata Proton Exora putih berpusing hilang kawalan terus menghentam divider jalan. Nasib baik tidak jatuh ke gaung, betul-betul hampir beberapa meter sahaja.


Degupan jantung time tu memang tak dapat dikatakan.. antara bas hampir tergelincir jatuh ke permukaan jalan. Sekilas pandangan ketika melihat keadaan diluar,bumper dan permukaan depan kereta Proton Exora remuk ketika bertembung. Pemandu bas berhenti seketika dan keluar melihat depan bas, terus berlari ke arah kereta Proton Exora tersebut. Apa yang cukup risau dia berhentikan bas di tengah jalan yang kebanyakan kenderaan bergerak laju di kawasan itu, mahu tidaknya akan berlaku kemalangan lagi.

Saya dan beberapa orang penumpang turun dan pergi melihat keadaan pemandu, hanya dua orang sahaja dalam kereta dan saya hanya sempat melihat penumpang lelaki yang duduk dihadapan bengkak di dahi dan darah mengalir sekitar muka. Saya serta beberapa penumpang lain pergi mendapatkan pemandu bas untuk mengalihkan bas ke sisir tepi jalan yang lebih selamat. Ada beberapa perkara yang menghairankan saya adalah setelah sekian lama ambulans kecemasan tidak hadir ketempat tersebut, yang pastinya mereka yang cedera perlu menerima rawatan.

Perjalanan saya pulang terhenti seketika, saya dan penumpang lain menanti pertukaran bas seterusnya. Sejenak saya memikirkan peristiwa kemalangan yang saya alami ketika saya berada di Melaka. Hmmm..

p/s : syukur .. doa atas nikmat hidup dan kesejahteraan yang dikurniakan.

Sedetik Trajedi Kemalangan Sedetik Trajedi Kemalangan Reviewed by Farhan Yusof on June 25, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.