recent posts

banner image

Syukur, Aku Masih Ada




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, syukur terus dilafazkan, syukur dipanjatkan dan dihadirkan pada diri ini setiap hari dan waktu. Syukur, aku masih ada. Pada 11 November 2010, saat mendung bertukar hujan, terus melakarkan saat cemas dan hitam dalam perjalanan hidup aku. Aku terbabit dalam sebuah kemalangan jalanraya yang julung ke berapa kalinya, tapi kali ini hampir,hampir dan hampir...ya mungkin akan meragut nyawa ini. Motosikal yang aku tunggang nyaris bertembung dengan sebuah kereta.

Unknown with Mitsubishi Lancer Evolution 10
vs
Me with Yamaha LC 135

Gara-gara kemunculan kereta tersebut yang secara tiba-tiba membelok kiri di simpang empat berhampiran Melaka Sentral (untuk mengambil laluan susur ke kiri jalan). Kudrat pada brek kecemasan yang sehabis kuat yang mampu aku peroleh, aku kawal dari bertembung merempus kereta itu.Ya Allah, kemungkinan aku akan cedera parah atau tiada lagi.

Farhan Yusof ( 1985 - 2010 ?! )

Subhanallah, antara saat hidup dan mati,sepantas dan sejenak depan mata, akal dan fikiran untuk melaluinya umpama terakhir pada jasad. Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..syukur, syukur tiada pertembungan berlaku. Namun, aku jatuh terbabas dari motosikal dan terheret ke permukaan jalan. Risiko dan kecederaan perlu diterima seadanya yang menimpa. Tangan dan kaki sebelah kanan cedera?!Subhanallah.. dari logiknya aku jangkakan teruk tapi aku terselamat (betul-betul terselamat) dan hanya cedera ringan.Dengan kudrat yang masih ada aku bangun dari jatuh dan terus ke bahagian tepi jalan yang selamat. Motosikal yang terdampar dan terherat di jalan aku lihat bersama berberapa komponen yang terkeluar dari asalnya.Nak mengambilnya tidak mampu.Mujur ada seorang insan yang menungggang motosikal berhenti dan tolong menolak motosikal aku ke tepi jalan. Uhhh masih lagi berfungsi, errmm dan dia menunggangnya dan meletakkan di kawasan parking Melaka Sentral.

Dalam masa yang sama, unknown yang memandu kereta itu telah berhentikan keretanya dan terus keluar melihat status keadaan aku...Badan aku terasa kebas menusuk kesakitan dan kesejukan, ermm hujan terus lebat. Fuhh male rupenya, student mecidal MMU ?! dari tag yang aku lihat.. aku nak cakap lebih pun tak boleh rase tak berapa larat lagi..lepas seorang lelaki yang bantu meletakkan motosikal aku kat parking area Melaka Sentral kembali bersama kunci motosikal, aku terus di bawa ke Hospital Melaka.Ermm unknown with that car bawa aku ke sana. Dalam perjalanan ke hospital dia explain yang dia nak cepat sebab lambat dan ada class?!what?! even nak abaikan keselamatan orang lain. Laluan dia pada awalnya sepatutnya dia terus dan tidak sama sekali boleh membelok, dia membelok ke kiri juga. Well aku yang hendak menyusur  kehadapan jalan take the damage akibat tindakan dia itu.

Kereta dia ok..but motosikal aku?! uhhhh hate this... sesekali marah, geram dan macam-macam lah, kene bawak bertenang dan sabar?! yahh i try it. He give me his number to contact if anything need it and gave me some money...huhu hate this moment..ingat cerita or drama kat tv ker?! almost get killed,ok. Astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah.. well i have to take that money..ermm harap dapat cover damage motosikal aku,i hope so. He drop down me at Hospital Melaka. Well kat sane aku tanya pak guard mana nak dapatkan rawatan. Wad kecemasan?! huhh well aku ok..errr kebas-kebas badan dan luka saja..kebas-kebas..jap ade yang patah ker area badan aku huhu..adoi..tak ada..clear-clear..fuhh..

Jengkek-jengkek sikit aar time nak jalan nie..err jap ea mana dia direction, ermm well aku tanya saja mana nurse yang lalu depan aku.. thank goodness ada nurse yang lalu..huhu dia direct aku ke sana. Sampai area wad kecemasan (huhu bunyi wad kecemasan dah buat dupdap dubdap) aku daftar,... petugas kat kaunter daftar maklumat aku dan tanya anything ok about my body..errr kebas belah tangan dan kaki belah kanan...errr awk kene periksa nie..huhu..kalau-kalau ada patah..uhh but im ok...then aku dipanggil masuk ke bilik no 2 wad kecemasan...nurse check blood pressure dan temperature badan, stats any injury.Well im fine and im waiting for next check up.

Waiting My Turn At Jabatan Kecemasan Dan Trauma

Sementara tunggu giliran, aku inform kat member office aku tentang accident. Next room ni doktor pakar check and stats injury, ermm butiran kemalangan turut dicatatkan. One shot suntikan aku kene adeyyy.. sebab ade luka..huhu.. dah settle.. ke bahagian farmasi ambik ubat, kedek -kedek aku jalan..sejuk..kebas terus terasa, kat farmasi sana aku duduk lame sikit lepas ambik nombor..bukan main ramai lagi..tak berapa lama minit membe aku sampai..huhu al kisah pun aku cerita la satu per satu.Lepas ambik ubat, membe aku bawak tengok moto kat Melaka Sentral.

Ubat From Hospital Melaka Farmasi

Aku follow membe aku pergi workshop yang berhampiran..repair apa yang patut..huhu fulus-fulus.. ada lah sikit nak cover buat sementara waktu but the damege is done there, no doubt. Aku sayang moto aku nie, sebab die teman aku pergi kerja, cari rezeki..pulang kerje..hati aku terguris atau terluka, frust putus cinta sekali mana pun aku still ok laa tapi tengok calar-raban, duk bengkok sane sini dan pecah ...fuhh menangkap kalbu...tertikam jiwa...Lepas semua settle, aku just balik office just to say im ok?!huhu well im ok!?ok lah sangat niehh...declare aku MC.Huhu dengan slow bersama kudrat yang ada aku bawak moto till sampai rumah (aka bilik sewa) kat Melaka Raya, tangan kanan agak tak bermaya..balik lepas settle solat aku pom...tdo rest well sampai hari Ahad tapi ade solat laa..huhu ingat aku nak burn ker?! kene banyak taubat, insaf dan syukur.

Dalam kebosanan aku berblog gak, tapi menaip dengan tangan kiri ja..huhu semangat betol...facebook pulak aku tak bukak errr nanti lak baru bukak sampai mood datang balik,biar lah untuk berberapa hari..aku nak rest dan recover. Till then sampai masa aku update status aku, harap semua pulih dan lebih baik dari hari ini dan sebelumnya. InsyaAllah. Wassalam...

Syukur, Aku Masih Ada Syukur, Aku Masih Ada Reviewed by Farhan Yusof on November 11, 2010 Rating: 5

2 comments:

Cik Norfa said...

beb..cian ko. takpe.maafkanlah pemandu tu. dia tak sengaja la tu. naseb baik dia tlg kau ..ade certain org terus lari jerk. thank God u save rite now! =)

farhan yusof said...

huhu,maaf mmng maafkan,tp tak sengaja tu boleh mengakibatkan perkara yang buruk boleh berlaku,hurmm aku pun igtkan diri untuk pandu selamat dan cermat,walaupun terpress laju..huhu ambik feel.. tp mostly moto tak de place kat jalan raye nie.. coz kecik sgt moto.. bnding kenderaan lain..

Powered by Blogger.