Legasi Telefon Bimbit

{336x280}



Sebut saja pasal telefon bimbit, macam-macam wish seseorang itu untuk milik sebuah telefon itu. Ye la makin hari makin canggih dalam memenuhi keperluan komunikasi. Well saya pun turut sama follow,tapi tak lah updated sangat sekadar cukup memenuhi komunikasi panggilan, mesej dan adakalanya mms mesej serta beberapa aplikasi symbian. Ini antara telefon bimbit yang pernah saya miliki dari dulu hingga sekarang.


Nokia 3315, first handphone yang mak saya belikan. Thanks mak ",) time ini tengah ambik SPM.. bulan puasa so line clear nak bawa ke asrama. Handphone ini antara yang terbaik time itu, lasak habis jatuh dari katil atau almari tetap respon dengan baik tapi jangan korang lotar ke dinding sesuke hati.Hehe. Game snake paling menjadi pujaan laa time. Main set record score, lepas tu pecah record score dan set score setinggi yang boleh. Macam-macam trick main benda ini.

Sony Ericsson 1100, masa jalan-jalan kat pekan tertarik lak pada handpone ini. Membe sekolah ada pakai, smart juga kecil dari tapak tangan hehe dan bermula kumpul duit beli handphone ini. Telepon ini sensitif juga, benda kecil susah nak jaga. Errmm tak pasti lah time itu sama ada jual kat kat membe kolej atau trade in handphone lain.Time kolej jadi tumpuan jugak,bukan sebab saya....tapi ringtone saya hehe jangan marah..

Nokia 3200,yang ini unik sikit background casing handphone,dia ada 3 warna abstract .So boleh tukar ikut mood. First phone yang ada camera,video, polyphonic ringthone, dan mms serta boleh surf internet yang saya beli tapi yang ini saya beli melalui trade in handphone Nokia 3315. Huhu sedih lak trade ini sebab ada value tersendiri...mak saya belikan..huhu at least no handphone saya guna sampai sekarang. Namun at the end saya jual handphone ini kat kawan kolej saya. Saya jual pun pada membe yang betul-betul jaga handphone ini, huhu punya lah saye jaga condition ia.

Sagem myx6-2 antara handphone termahal yang saya spend, almost RM1000+ . Ni kes terpedaya dengan saudara saya. Mana tidaknya sama-sama survey dan tengok demo nya yang perhhhh. Hajat dihati nak beli pun ada.Time ni beli guna duit loan belajar,duit saku bulanan yang mara bagi tiap-tiap bulan saya simpan,makan pun diet sebab budjet..hehehe. Dah harga mahal sure lah lagi sempoi handphone, kali ini ada music mp3 dan video mpg4...awesome. Even handphone ini mahal, saya jual jugak akhirnya. Huhu pening-pening, jual sebab-sebab tertentu..Hmm jual kat membe rumah waktu praktikal kat melaka, tak banyak around RM200-300.

Nokia 7610 pula versi downgrade, hmm orang makin lama makin canggih beli.. tapi saya pilih handphone ini. Beli masa buat praktikal and saya guna sampai sekarang even problemnya datang tak tentu masa.

0 Response to "Legasi Telefon Bimbit"