Kerja Di Melaka Mendukacitakan



Kisah hidup dekat Melaka amat mendukacitakan, saya tamatkan(quit) pekerjaan disana penuh hampa kerana sistem pengurusan pekerja dan kewangan yang tidak teratur dan rasa tertipu. Saya lakukan sedemikian kerana syarikat endah tak endah akan pekerja. Walaupun baru berkerja,saya tetap pekerja, so please respect dan prihatin akan pekerja yang berkhidmat. Pembayaran gaji amat.. amat.. amat mengecewakan(ingat dapat half payment,ni habuk pun tak ada). Senang cerita tidak langsung bayar gaji.

Improving Life ??!

HR duduk diam tanpa memberikan sebarang maklum balas(makan gaji buta ke?). Bukan saya tidak buat kerja dekat sana, even pace kerja pada awalnya tidak pantas saya cuba sedaya upaya menyesuaikan diri, jikalau tidak saya berhenti awal-awal. Persoalannya bukan sebab mata duitan, ia suatu keperluan. Soal nak bayar sewa bilik, minyak moto, bil broadband dan belanja makan. Bab makan memang saya jimat habis time itu, nak survive punya pasal. At the end saya tidak dapat apa. Anda boleh baca entry blog saya yang sebelumnya. Segalanya terjawap pada entry kali ini.Bekas majikan ini, bab suruh pekerja bekerja nak gempak, tapi pengurusan dan leadership..Hmmm hanya tuhan saja yang tahu.

p/s : pada company berkenaan yang release payment untuk company ini, tutup sahajalah daripada menyusahkan hidup orang lain, ingat sikit orang yang bekerja, jangan lepas tangan sahaja.. tapi company ini sendiri kena fight untuk kebajikan pekerja.. ini lemau sahaja...

Scroll To Top