recent posts

banner image

Pudarnya Masyarakat Majmuk

Cepat masa berlalu, tahun 2011 bakal menjelang tak lama lagi,aku nak mengimbau kembali zaman 90an dahulu. Aku membesar dalam persekitaran masyarakat yang berbilang bangsa, yang puratanya terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Even alam awal persekolahan darjah satu sehingga enam, aku duk gaul dengan pelbagai bangsa. Belajar, main, ketawa n wat kacau sama-same, huhu (yang ni jangan tiru)

Malaysian Community 
Apa pun perpaduan dan persahabatan yang terjalin dahulu jauh berbeza dengan masa sekarang. Mungkin terlalu drastik peradaban ini berubah. Hmm mungkin ada yang bertanya, apa yang berubahnya?ketara sangat kah?Well bukak mata pandang dan prihatin dengan keadaan sekeliling dan semasa, anda semua akan temui dan ketahui sesuatu anda anda sendiri perasan atau buat-buat tak perasan. Adakah keserasian hidup dalam masyarakat berbilang kaum tidak lagi ada?! Mungkin ada yang berbesar kepala, lupa menghormati, endah tak endah dalam menghulurkan bantuan. Sejarah komuniti masyarakat majmuk di negara kita suatu yang unik yang jarang ada di tempat lain, mungkin ia akan menjadi suatu catatan sejarah akan hilang keunikannya, andai kita terus alpa, tiada toleransi, tanpa hormat-menghormati dan berat dalam berkerjasama.

p/s : harap keharmonian terus kekal dan dijaga

Pudarnya Masyarakat Majmuk Pudarnya Masyarakat Majmuk Reviewed by Farhan Yusof on December 24, 2010 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.