recent posts

banner image

Bahana GST

GST(Goods & Services Tax), which is also known as VAT or the value added tax in many countries is a multi-stage consumption tax on goods and services.





GST bakal dilaksanakan secara rasminya di Malaysia berkuatkuasa 1 April 2015 ini. Ini menyaksikan kenaikan harga yang mendadak yang mana ada diantara anda akan kurang bersetuju dengan kenyataan saya ini. Konteks GST ini mewujudkan ketidakstabilan harga barang yang naik mencanak, yang terkawal itu oklah ..yang naik..naik.. naik.. apa cerita?!

Pihak berkuasa harus turun padang dan menyiasat di seluruh pelusuk Malaysia setiap masa, sepanjang masa, dari bermulanya GST hingga bila-bila jika benar mahu memantau pelaksanaan GST tidak membuatkan segelintir bilangan besar individu, industri, pengusaha dan sebagainya mengambil kesempatan sewenang-wenangnya menaikkan harga. Tidak cukup sekadar pengiklanan info mengenai GST dimedia cetak mahupun elektronik sahaja. Anda tidak mampu mengawal 100% mereka yang "mengandakan harga" itu adalah pasti.

Namun hakikatnya kenaikan harga "harus" manakala pengguna atau orang awam terpaksa menelan "bulat-bulat" kenaikkan harga ekoran GST. Cuba kira setiap GST yang dikenakan pada anda dalam keperluan dan aktiviti seharian anda, adakah ia sekali setahun?sekali sebulan?sekali kali seminggu?sekali sehari? berapa banyak yang dikenakan GST secara terang-terangan atau secara berselindung?

Hmm pening mula terasa, perbelanjaan lebih dari biasa tak sama macam hari-hari sebelumnya.



p/s: Situ sana sini GST, GST, GST..

Bahana GST Bahana GST Reviewed by Farhan Yusof on March 24, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.