recent posts

banner image

Air Mata Syawal



Sedar tak sedar hampir sebulan berlalu, Ramadhan berganti Syawal, Hari Raya Aidilfitri di sambut sederhana.


Syawal penuh pelbagai coretan di iringi airmata dan tangisan..Pemergian opah tersayang pada 11 September 2011 membuatkan hati ini sayu dan terbisu diam hingga hari ini. Diri lebih cenderung untuk mendiam dan sepi, senyum tawar sahaja mampu terukir apabila perlu. Hmmm diri betul-betul teringatkan arwah opah.. adakala sukar tidur dan termenung jauh diri ini apabila kenangan bersama bermain difikiran, lantas dalam sedar dan tak sedar suara kecil hati ini memanggil opah..opah..opah..(sebak hati terus bertambah) Tempoh masa 26 tahun membesar erat dan mesra bersama arwah membuatkan saya rapat,banyak perkara membuat saya tersentuh akan keperibadian arwah. Sebagai cucu, saya amat menyayanginya walaupun moody remaja diri ini kadang kala terover sikit, huhu... abg yan minta maaf opah.. opah tetap abg yan sayang, itu takkan abg yan lupa.

Apa yang saya ketahui opah disahkan mengalami ketumbuhan pada usus perut,hmmm tanda-tanda terdahulu opah sering jarang makan dan sering mengalami sakit perut. Sukar nak percaya tahkala menyangkakan ia cuma sakit perut biasa,lalu alternatif rawatan adalah seperti biasa. Ramadhan lalu sempat saya pulang ke kampung halaman menjenguk opah, kesian opah.. opah lebih kerap baring keletihan..lesu,huhu memandangkan masa off day keje yang singat terpaksalah saya balik ke Putrajaya untuk bekerja. Panggilan telefon dan berita dari mak sahaja yang mampu diisi untuk bertanya khabar opah dikampung.

Malam menjelang Hari Raya saya pulang ke kampung halaman,biasalah dengan motosikal LC 135 merentasi jalan Kuala Selangor. Sampai ke Teluk Intan pun awal 12.15 pagi Syawal, terlihat opah baring dibilik bujang yang saya kerap tidur, mak tetap tekun menjaga opah. Hati ini terus berdoa agar opah sembuh seperti biasa. Hari Raya pertama, opah dimasukkan ke wad, memandangkan kesihatan opah yang perlu rawatan dan perlu menjalani pembedahan.. sebak hati ini.. melihat usia opah yang yang menjangkau 81 tahun menahan kesakitan yang dialaminya, hati ini tertanya mampukah opah melepasi pembedahan sedangkan opah tak mampu.. tak mampu.. opah tak mampu.. keadaan opah tidak cukup stabil untuk pembedahan.. bagai memilih antara dua keputusan sama ada menjalani pembedahan atau tidak. Masing-masing ada kesan, hanya mampu berdoa dan bertawakal atas salah satu keputusan dan usaha yang dilakukan.

Keadaan opah di wad stabil, lengan kanan dan kiri dicucuk jarum saluran air dan ubat antibiotik serta ada yang perlu di buang melalui bekas saluran (huhu opah tak selesa ketika itu)... saya, emak dan paksu cuba tenteramkan opah agar tidak cabut jarum dan benda lain...hmm opah nak balik.. sedih.. opah sedih.. opah nak balik rumah..,malam tersebut emak temankan opah memandangkan pelawat yang dibenarkan menemani pesakit adalah terhad..huhu.. saya pulang dan melawat opah pada keesokan harinya. Awal pagi saya ke hospital untuk melihat keadaan opah.. hmm sama juga tidak selesa.. harap ia cepat berlalu dan opah cepat sembuh kelak... Seharian 31 Ogos temani opah di wad... sedar tak sedar sakit tekak dan batuk menjadi-jadi..
hilang jugak suara dibuatnya.

Masa diwad sempat berbual dengan opah walaupun suara opah jugak samar-samar..cuma saya beritahu saya balik ke Putrajaya esok..Dalam keadaan opah yang tak seberapa opah sempat memberi saya wang belanja, tersentuh hati ini.. opah suruh saya terima pemberian darinya. Walaupun tidak beberapa sihat opah tetap ingatkan saya.. terima kasih atas semua apa yang opah beri dan kongsikan bersama saya selama ini. Keesokan saya melawat opah sebelum pulang bekerja.. Insyaallah off day nanti saya pulang melawat opah.
Empat hari bekerja teringatkan opah, saya bertanyakan khabar dan keadaan semasa opah melalui emak. Opah masih tidak dapat menjalani pembedahan kerana keadaan opah masih tidak berapa cukup stabil untuk pembedahan.. opah terus diberikan air dan antibiotik secara berterusan.

Selesai sahaja waktu bekerja, pagi 5 September saya pulang ke Teluk Intan dan terus ke hospital melawat opah. Keadaan tetap sama.. opah tetap dengan treatment tersebut tapi saya lihat ada penambahan dikakinya pula huhu jarum lagi, lengan pula saya perasan dengan bekas-bekas jarum, banyaknya tempat dah  opah terima.. sampai agak panas dan deman opah ketika itu. Seperti sebelumnya, saya teman emak dekat wad hospital.Off day saya satu setengah hari saja bila saya shift malam, besok pagi saya pulang semula ke Putrajaya.Opah cepat sembuh ya... Hmmm off day saya yang berikutnya saya akan balik melawat opah lagi..

Hari berganti hari, saya tunggu saat saya pulang melawat lagi, dan 9 September 2011 gelap lah usia saya, 26 tahun dah umur saya.. selesai bekerja saya dah plan nak raikan bersama sayang saya.. namun saya terima panggilan telefon dari sepupu yang mengatakan keadaan opah agak tenat... Ya Allah.. terus saya bergegas pulang melawat opah di wad. Saya tumpang sayang saya balik.. syukur kami bersama selamat tiba.. namun hati ini agak berdebar dan tangan saya mengeletar semasa pulang.. di wad saya lihat opah dibekalkan dengan salur oksigen bagi membantu pernafasan.. pernafasan opah tidak berapa stabil  kata mak pada saya..yang berada sekian lama di wad menemani opah. Heart beep dari mesin memantau degupan nadi.

Anak - anak opah (pakcik dan makcik saya) turut berada disana... surah Yassin di baca buat opah yang berada dalam keadaan yang yang saya tak mampu berkata apa-apa.. kelu lidah.. hati debar.. pasrah.. dan redha.. terus saya berada dipangkuan opah melafaskan kalimah syahadah di telinga.. setiap hembusan nafas saya dengar.. opah ..abg yan balik opah.. buka lah mata opah.. walaupun seketika.. saya duduk di sudut menghadap opah.. keadaan opah tak seberapa.. nafas tidak teratur... nafas di hembus melalui mulut.. kekeringan di bibir jelas kelihatan.. kesian opah .. setiap detik yang dilalui opah buat berlinang air mata saya ini... Awal pagi sekitar 2.00 pagi opah mula sedar namun hanya seketika.. kelesuan jelas saya lihat.. Alhamdulillah.. opah rehat ya.. opah rehat ya.. cuma pesan yang tak seberapa ini dapat saya sampaikan.. sebelum saya pulang ke rumah seketika.

Awal pagi 10 September saya kembali melawat opah di hospital.. hmm hari ini saya ambil EL dari last day shift kerja pagi saya.. hmm keadaan opah yang baru saja stabil dah kena jarum salur air dan antibiotik yang baru... semasa saya sentuh lengan opah terkeluar air nya.. Ya Allah Ya Allah Ya Allah.. Opah bersabar ya bisik hati kecil ini.. Tangan layu opah di genggam lembut sambil dahi dikucup.. ada beberapa opah sapa hendak berkata-kata namun tidak jelas kedengaran.. kering tekak opah buat suaranya samar-samar. Saya turut serta bantu pakcik dan makcik yang berada diwad menguruskan opah..membersihkan sekitar opah..buat segar sikit.. cold fever saya tampalkan di dahinya..untuk kurangkan panas.. hmmm opah deman harap lepas ini kurang dan beransur biasa.. lewat malam saya pulang ke rumah rehat. Emak dan Pak Su saya menemani opah malam itu. Esok saya terus melawat lagi..

Awal pagi panggilan saya terima di rumah.. keadaan opah tak stabil.. terus saya bergegas ke sana.. hati memang .. penuh debar..debar terus berdebar.. setibanya saya tiba opah telah tiada.. opah telah pergi selamanya.. innalillahiwainnailaihirojiun tergamam saya .. membuka tirai melihat opah sedang dikemaskan teratur untuk dibawa pulang ke rumah  bagi melaksanakan pengurusan jenazah untuk dikebumikan.. tidak sempat saya berada di sisi opah sebelum pemergiannya.. nadi opah jatuh secara mendadak awal 10:49 pagi.. Arwah selamat dikebumikan selepas solat Asar..

Al - Fatihah Buat Opah


p/s : sedih menulis warkah kali ini.. sehingga kini teringat akan arwah.. tak tercapai hajat saya akan seperkara untuk dilakukan.. arwah dah seperti mak saya.. membesarkan saya dari kecil.. Al - Fatihah buat arwah opah, Ramlah Binti Abdullah... moga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.. Amin.. Amin.. Amin.. ( sayang dan cinta dari seorang insan tidak akan seagung dan sehebat penciptaNYA)

Air Mata Syawal Air Mata Syawal Reviewed by Farhan Yusof on September 29, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.