Hari Kuning Bersih

{336x280}



Sabtu, 9 Julai 2011. Perhimpunan BERSIH telah berlangsung dan bertempat di tengah kotaraya Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu sehari sebelum perhimpunan tersebut, perjalanan ke Utara - Selatan dan jalan-jalan serta lebuhraya dikawal ketat dengan pemeriksaan ke atas kenderaan yang melalui Kuala Lumpur. Kesesakan yang berlarutan sehingga beberapa jam betul-betul menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna jalanraya. Stesen dan terminal kemudahan awam terpaksa ditutup dan dipindahkan berikutan perhimpunan ini yang berlangsung awal pagi 9 Julai.


Tujuan sekatan dan pemeriksaan jalanraya dilakukan bagi memastikan tiada seludupan bahan-bahan atau barang-barang yang merbahaya ketika perhimpunan berlangsung. Pemeriksaan ke atas kenderaan orang awam dilakukan atas langkah berjaga-jaga. Apa yang merungsingkan adalah jika berlaku apa-apa kes kecemasan seperti kemalangan amatlah membimbangkan kerana laluan jalanraya yang amat sesak. Nak cerita lebih nanti kata orang politik dan what so ever lah. BERSIH 2.0 diadakan atas tuntutan pilihanraya yang baik.


Kita melihat paparan media dari kerajaan dan pembangkang, masing-masing memperlihatkan visual dan audio yang terjadi yang sempat dirakamkan mahupun diedit rapi menjadi paparan video yang lebih menarik bagi tujuan meraih perhatian rakyat. Tidak lupa juga media yang dipaparan oleh rakyat. Realiti bersembunyi realiti.
Pelbagai video turut di upload di ruangan internet ini.



Mereka yang di tahan semasa perhimpunan menerima layanan yang baik, peserta yang hadir turut mendapat kemudahan tempat solat dan meraka di berikan makanan dan minuman,paparan dapat disaksikan pada televisyen tempatan. Anda semua boleh membuat perbandingan.

Dalam terang berselindung kegelapan
Gelap muncul sinar terang
Kawan tika senang
Susah semestinya sendiri
Yang bersih tampak kotor
Yang berkuasa tampak lagaknya
Realiti adalah penipuan
Penipuan adalah realiti
Manusia kejam bak binatang tanpa perikemanusiaan,
Akal dan fikiran kurniaan Ilahi hanya untuk kepentingan peribadi
Perjuangan adakalanya kabur
Musuh agama yang dikecam kini diangkat jadi pemimpin
Sempurna untuk jadi lebih terlalu sempurna
Adil untuk jadi yang teradil
Tiada yang sempurna dan adil
Kepeningan dalam kekusutan
Perbalahan politik terus jadi agenda
Namun kuniaan sebaik-baik akal dan fikiran serta iman dan takwa kepadaNYA
Adalah kita untuk jadi baik, lebih baik dan memperbaiki dari semasa ke semasa
Insyaallah menuju keredhaanNYA
Kronologi ABC + D:

Pihak A :  Menentang A
Pihak B :  Menentang B
Pihak C :  Sebahagian menyokong A dan B atas tujuan kepentingan berikutan kepincangan A dan B apa yang penting C betul-betul peroleh manfaat dan kepentingan.
Pihak D: Pihak yang menungu kepincangan negara yang dramatik dan sentiasa mewujudkan propaganda secara terus mahupun terselindung.

Perhimpunan hakikatnya nak dilakukan secara "bersih" dan aman semestinya tidak "bersih" dan aman kerana ada suara-suara yang menjadi pencetus emosi dan semangat membuatkan situasi tidak terkawal. Yang bertugas menjalankan tugas jaga keamanan, namum dalam menjalankan tugas ada yang bak binatang yang tidak perikemanusian. Sedih dan cukup tragis. Sepatutnya hari ini lebih baik dari semalam, namun ia lebih teruk dari semalam. Paling sedih adalah orang Islam berpemimpinkan dan berjuang bersama musuh, musuh yang suatu tika dahulu menentang agama Islam, AMBIGA ?! Ya.. AMBIGA. Ya perjuangan perlu ada dan dilakukan tapi bukan dengan petelunjuk musuh laknat agama Islam itu.

TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Sesungguhnya mereka mempersoalkan Islam dari pelbagai aspek sebagai peneraju dan pengerak Malaysia. Dikesempatan perpecahan ummah itu mereka menggorak langkah menjatuhkanya satu persatu. Harap kita tidak terpedaya dan lupa akan tindakan mereka.

p/s : demokrasi sedia ada luput dan pudar pada peredaran masa, agungnya tamadun tidak menampakan kebaikan kerana keburukan telah menutupinya.

0 Response to "Hari Kuning Bersih"