recent posts

banner image

Antara Garisan



Sedang asyik melayan beberapa channel astro, tergerak hati saya untuk tonton satu telemovie. Bagi saya ia telah membuka mata hati kecil saya. Memaparkan kisah antara 'garisan', dari pandangan dua insan yang berbeza keadaan diri mereka pada awal pertemuan, dimana garisan pemisahan antara meraka adalah keperibadian akhlak. Dari mata pandangan seorang pemuda surau kepada seorang gadis sosial yang mabuk pulang kala awal subuh. Pandangan pemuda yang penuh persoalan dan tanda tanya, lantas tidak kurang kritikan dilemparkan dalam renungan.

Gadis yang mabuk,ya mabuk..pandangan yang samar dalam kemabukan,kewarasan tiada untuk bicara jelas, tertanya akan pemuda bersama rakan surau lain melihat hairan akan dirinya. Sipu gadis itu dalam kemabukan,mungkin sangkaan dia kelihatan menarik sehingga dia diperhatikan.Apa yang nyata buat sekarang keburukan insan tenggelam dan dipisahkan antara garisan keperibadian mulia.

Kebaikan pada diri suatu kurnia, dan ia sering diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Adakah kebaikan yang ada dikongsi bersama,dibimbing sekitarnya atau cuba mencari jalan untuk kaburi mata lain dengan kelebihan ada padanya?? Lantas si alpa dan jahil buntu akan zahir pencariannya namun tanpa sedar, zahirnya mencari dan berusaha memberikan sedikit kebaikan pada orang tersayangnya walaupun dia tidak hirau akan dosanya,hmm...

Yang baik terus terdampar depannya hasutan seluas lautan kesesatan oleh SYAITAN walaupun tampak jalan yang dipilih adalah benar dan lurus. Tidak sama sekali... setiap jalan ada tempuhannya. Di sudut alpa dan jahil menanti dan mencari sinar hidayah dan petunjuk dari NYA, adakah ia akan terus leka dan terkurung dalam kesesatan sedia ada....

Cerita tersebut benar-benar mengungkapkan kebenaran akan kehidupan seharian kita. Banyak kita tidak duga dan sangka akan apa terjadi. Sejauh mana kekuatan iman kita dan kesungguhan kita bertaubat kembali ke pangkal jalan.

Pengakhiran cerita tersebut si pemuda surau dan si gadis sosial yang bertemu pada awal pertemuan kini berlainan tempat pandangan mereka. Kini mereka berada antara garisan yang mana si gadis menemui sinar petunjuk dan malang buat si pemuda kerana tersesat akan godaan SHAITAN... Lantas si pemuda tersentak dan mengingati awal pertemuan meraka pada awal subuh suatu ketika, yang mana ketika itu dia melihat si gadis tersebut "suatu yang telah rosak" namun si gadis telah kembali, kembali ke jalan yang benar. Pandangan kali ini penuh kekecewaan buat si pemuda kerana dia kini berada disebalik garisan lama si gadis.

p/s : berdoa kita agar kita mendapat hidayah dan petunjuk dalam kehidupan, salam sayang dari saya...

Antara Garisan Antara Garisan Reviewed by Farhan Yusof on April 02, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.